Nadi Melugu X Usahawan Kohort 6 – Webinar: Pengurusan Kewangan & Perancangan Perniagaan

14 November 2025 | Aktiviti Terkini

Satu webinar atas talian bagi Sesi 1 telah berlangsung dengan tajuk “Pengurusan Kewangan & Perancangan Perniagaan”. Sesi ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada peserta mengenai kepentingan pengurusan kewangan yang teratur serta strategi merancang perniagaan dengan lebih berkesan.

Melalui sesi ini, peserta didedahkan kepada asas-asas pengurusan kewangan seperti penyediaan bajet, kawalan perbelanjaan, dan kepentingan simpanan serta pelaburan. Selain itu, penceramah turut berkongsi panduan tentang cara merancang dan membangunkan pelan perniagaan yang mampan serta berdaya saing.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali